Kisah Nabi Hanzalah AS

Hanzhalah bin Sifwan adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah kepada Penduduk Rass (Ashaabur-Rassyi) sebuah negeri yang sekarang letaknya di Yaman, yang dikisahkan sebagai kaum penyembah berhala. Mereka tinggal dekat dengan telaga atau mata air Ar-Rass. 

Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya, Qisas al Anbiya' telah menceritakan bahawa baginda telah diutuskan kepada satu kaum di Yaman untuk mengajak mereka supaya beriman kepada Allah S.W.T. Kisah mengenai masyarakat yang dibimbingnya terdapat dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 38 : 
وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَٰلِكَ كَثِيرًا
'Artinya : dan (Kami binasakan) kaum 'Aad dan Tsamud dan penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi-generasi di antara kaum-kaum tersebut.'. 

Menurut pendapat kebanyakan ulama', kaum Ashaabur-Rassyi merupakan kaum yang diajak oleh Nabi Hanzalah A.S. untuk beriman kepada Allah S.W.T. Mereka adalah penduduk di sebuah negeri yang sekarang ini terletak di Yaman. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa mereka tinggal berhampiran dengan kaum Thamud. Mereka dikenali sebagai masyarakat Ar-Rass kerana tempat tinggal mereka terkenal dengan perigi atau mata air dan nama Ar-Rass juga bermaksud perigi atau mata air. Mereka juga digelarkan sebagai masyarakat penjaga perigi. Terdapat juga cendekiawan muslim mengatakan Ar-Rass itu adalah sebuah bandar. Namun seperti para nabi dan Rasul yang lain, dakwah yang dibawa oleh nabi ini tidak disenangi oleh penduduk Ashaabur-Rassyi sehinggakan mereka telah membunuh nabi ini dengan mencampakkannya ke dalam perigi dan seterusnya mereka telah menerima azab daripada Allah S.W.T sepertimana kaum Aad, Thamud serta kaum nabi Nuh yang dihilangkan mereka daripada muka bumi Allah S.W.T. 

“Ashabur Rass” Penduduk Rass adalah salah satu dari sekian kaum yang lenyap hilang binasa. Hanya tersebut dua kali tentang mereka dalam Al Qur’an. Tanpa dirinci, apa dan bagaimana kebejatan mereka. Yang jelas, mereka disinggung sederet dengan Fir’aun dan kaumnya yang mengakhiri ajal dengan ditenggelamkan di Laut Merah. Juga umat Nabi Nuh ‘alaihis salam yang dihanyutkan dalam air bah yang meluap-luap. Lalu bangsa ‘Aad dan Tsamud yang juga tumbang bak pangkal pohon kurma yang lapuk. Serta umat-umat lain yang tidak lagi tersisa. Semua menentang rasul, tidak takut kepada Allah.

Seperti yang Allah firmankan :

وَعَادًا وَثَمُودَا۟ وَأَصْحَـٰبَ ٱلرَّسِّ وَقُرُونًۢا بَيْنَ ذَ‌ٰلِكَ كَثِيرًا وَكُلًّا ضَرَبْنَا لَهُ ٱلْأَمْثَـٰلَ ۖ وَكُلًّا تَبَّرْنَا تَتْبِيرًا

“Dan (Kami binasakan) kaum ‘Aad dan Tsamud dan penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi-generasi di antara kaum-kaum tersebut. Dan Kami jadikan bagi masing-masing mereka perumpamaan dan masing-masing mereka itu benar-benar telah Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya.” [Q.S. Al Furqan: 38-39].
Share:

2 komentar:

  1. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian. Baru saya tahu Ada Nabi yang namanya Hanzalah a.s yang seruan dakwahnya ditolak oleh kaumnya sendiri serta dibunuh Dan dicampakkna dalam perigi Ar-Rass. Make siksaan Allah menimpa mereka sehingga lenyap dari muka bumi

    BalasHapus
  2. MGM Resorts to hold COVID-19-5 casino operations in
    MGM Resorts is 태백 출장안마 seeking 영천 출장샵 to open one of its 나주 출장마사지 1,200-room hotel 충청북도 출장안마 and casino at Virgin Hotels Las Vegas. MGM Resorts International 창원 출장샵 said that

    BalasHapus

Terimakasih telah mengunjungi web blog saya, jangan lupa memberi komentar saran yang membangun, Semoga bermanfaat !

Selamat Datang Di Web Blog The Nilawati Site, Saya mengucapkan banyak Terimakasih bagi siapapun yang sudah mengunjunginya.

Arsip Blog

Label

Arsip Blog

Terbaru

Komentar